Resepi Agar-agar Cendol

Resepi Agar-agar Cendol Sedap. Assalamualaikum. Hari ini Dapoer Artyn nak kongsikan resipi agar-agar cendol gula merah boleh pakai gula melaka. Hidangan manis pencuci mulut ini cocok disajikan untuk hari raya idul adha, hari saya idul fitri maupun untuk sehari-hari.

Foto Agar-agar Cendol Sedap
Gambar Agar-agar Cendol Sedap

Nampak sedap puding cendol ni boleh cuba raya nanti.

Resepi Agar-agar Cendol


Bahan-bahan :
  • 25g agar-agar kering
  • 1.5 liter air
  • 5 helai daun pandan
  • 300g gula
  • Sedikit pewarna merah
  • 30g serbuk krimer bukan tenusu
  • 100g cendol
  • Sedikit pewarna hijau
Cara Penyediaan :
  1. Masak agar-agar dengan air dan daun pandan sehingga larut.
  2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
  3. Bahagikan larutan agar-agar kepada dua (2) bahagian (Bahagian A dan Bahagian B).
  4. Masukkan pewarna merah dan serbuk krimer dalam Bahagian A.
  5. Masukkan cendol dan pewarna hijau ke dalam Bahagian B.
  6. Masukkan Bahagian A ke dalam bekas atau cawan yang sesuai dan biar sehingga separa keras.
  7. Masukkan Bahagian B dan biarkan sehingga keras.
  8. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.
  9. Sajikan 10 hidangan.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Resepi Agar-agar Cendol