Resepi Apam Indonesia

Resepi Apam Indonesia kukus lembut sedap dan gebu. Nama glamernya kuih apam indon. Tekstur kuih muih ini sangat halus. Cuma semasa mengukusnya pastikan tudung kukusan di bungkus kain untuk mengelak dari wap air terjatuh ke atas adunan kuih apam.

Foto Resepi Apam Indonesia kukus lembut sedap dan gebu
Gambar Apam Indonesia kukus lembut sedap dan gebu

Bila makan kuih apam ni terasa macam makan kek pun ada. Apam yang tidak kering lembut dan lembab. Dah simpan semalamam pun masih lembut dan enak di makan. Wah wah tak sabar nak cuba kongsikan ni resepi kui apam indon atau kek apam Indonesia.

Resepinya cukup simple dan bahan-bahan pon cukup mudah didapati di dapur rumah Anda. cara membuatnya pun cukup mudah! Resepi ni rasa berasal dari Indonesia. Kerana itu ianya di panggil Apam Indon. Orang Indonesia ni memang terkenal mahir dan berseni, dalam pembuatkan kek dan kuih muih. Banyak sangat resepi dari Indonesia yang memikat selera ita. Pasti ini juga telah memabat selera kami sekeluarga.

Resepi Apam Indonesia


Bahan-bahan ( sebiji kek saiz 8inci & 20biji cupcake ) :
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus
  • 250 ml susu segar @ santan (saya pakai susu segar je)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • Sedikit garam
  • Pewarna makanan
Cara-cara :
  1. Sediakan alat kukusan. Cara untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dengan sehelai kain bersih.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  3. Campurkan garam ke dalam susu. Putar telur dan ovalette pada kelajuan tinggi hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  4. Masukkan pewarna yang disukai. Sapukan loyang dengan sedikit marjerin, kemudian taburkan sedikit tepung. (cara ini untuk elak adunan dari melekat bila masak nanti).
  5. Masukkan adunan adunan pertama ke dalam acuan.
  6. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bahagian atas tu tak melekat. Ulangi langkah dengan adunan kedua. Masukkan adunan terakhir dan kukus lagi selama 30-40 minit.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Resepi Apam Indonesia