Resepi Puding Cendol Gula Melaka

Hello semua pembaca setia DapoerArtyn apa khabar sihat ke? hari ini saya nak kongsikan resepi puding cendol gula Melaka yang sedap dalam bahasa Indonesia resep puding cendol gula merah. saya sudah beberapa kali buat makanan pencuci mulut ini dan saya sering menyediakannya ketika bulan puasa tiba di kampung.

Gambar Resepi Puding Cendol Gula Melaka
Gambar puding cendol gula Melaka

Puding cendol gula Melaka atau agar-agar lapis cendol gula Melaka memang sangat sesuai dimakan untuk menu juadah berbuka puasa terutama yang punya anak kecil yang baru-baru belajar makna berpuasa. seharian menahan lapar dan dahaga memang nikmat bila makanan yang sejuk-sejuk masuk kat tekak. Jom kitalayan resipinya di bawah.

Resepi Puding Cendol Gula Melaka


Bahan :
  • 10 gram serbuk agar agar
  • 150-200 gram cendol
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 kotak santan brand KARA
  • 1 st garam
Step 1: Bahan A

Cara Penyediaan :
  1. Didihkan 4cawan air. masak agar agar. kemudian masukkan 1cawan gula, masak hingga agar dan gula menjadi larut (mendidih) sudah mendidih, masukkan cendol yang sudah ditapis air nya. tunggu mendidih sat. tutup api.
  2. Masukkan santan kotak, kacau rata. kemudian masukkan garam. kacau rata sehingga semua sebati.
  3. Masukkan dalam acuan, sejukkan. selepas puding beku, Corak carik kan dgn garpu permukaan atas. sbb kat atas ni nk letak adunan gula melaka.
Step 2: Bahan B
  • 10 gram serbuk agar agar
  • 5 cawan air
  • 200 gram gula melaka *potong kecik
  • 3 helai daun pandan
Cara Penyediaan :
  1. Masukkan semua bahan step 2 dalam periuk . . masak dgn api yang perlahan, supaya daun pandan sempat kuar bau dan aroma nya.
  2. Selepas mendidih. Tapis dan tuang ke dalam bekas Puding cendol tadi. sejukkan normal dalam 30 minit. selepas tu boleh lah masuk peti ais.
Tips untuk acuan :
  • Basahkan dengan sedikit air. supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Resepi Puding Cendol Gula Melaka